Layan JE ♥

Khamis, 16 Jun 2011

tip mencari jodoh :)

1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yangmenanti Dan biasanya ianyaBerada tidak jauh dari anda. Jarang orang

bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajibberusaha. Doa, usaha yangBetul Dan bersungguh-sungguh disertai dengantawakkal, insyallah akan

Menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodohkerana mudah patah semangat.

Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurnaagar diri anda jadi seperti?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda

kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hatiyang murni. BerusahalahUntuk mencuci hati anda daripada semuaperasaan yang negatif terhadap semua

Orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati denganjaga ibadah, solatTaubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkanorang lain, meminta maaf,

Bersedekah Dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dananda akan menarik sayangTerhadap anda. Jika anda membenci orang,ditakuti bakal pasangan anda

Akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harussentiasa bersedia untukBertemu dengan pasangannya pada bila-bilamasa. Justeru, Kita perlu sentiasaDalam keadaan yang paling menarik setiapmasa. Tanggapan pertama adalah yang

Terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialahpakaiannya. Untuk perempuan,Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikanpertama. Sediakan diri untuk menawan

Bakal pasangan anda.

10. Buka hati Dan minda anda untuk menerimacinta. Cinta bolehBerputik pada bila-bila masa. Cinta mudahdatang kepada mereka yang sentiasa

Bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati.Justeru, perhebatkanHubungan Mata secara memandang bakalpasangan dengan penuh kasih

Sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.Hantarlah kasih sayangDan hasrat murni anda terhadap pasangandengan gelombang fikiran ini

Secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hatisebab lewat menyatakanHasrat kepada bakal pasangan. Perkara yangbaik disegerakan (iaituMenyatakan perasaan anda kepada bakal

pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuanmemulakan usaha untukBerkenalan. Orang lelaki akan sentiasamerasakan mereka yang memulakan perkenalanWalaupun sebenarnya orang perempuan yang

mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra Danbersemangat menggunakan lidah,Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkanbercakap sambil lewa atau kurang sopan

Terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apayang dia suka. Beri tumpuanKepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibukmemberi tumpuan kepada diri

Sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra sepertikawan lama walaupun baruBerkenalan. Bentuk suasana keintiman dengansegera agar bakal pasangan

Rasa selesa.

18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadiyang munasabah kepadaBakal pasangan, semakin mudah dia

menceritakan hal dirinya kepada Kita.

19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandaimendampingi orang lain DanSeronok untuk didampingi oleh orang lain. Buangperangai yang

Menyebabkan orang benci kepada Kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orangyang masih Ada perasaanBenci terhadap sebarang orang bolehmenyebabkan bakal pasangan benci atauTidak tertarik kepada Kita. Justeru buang

semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadapbakal pasangan. Tetapi,Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang andaamat sukar untuk berkenalan

Dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepadaperempuan yang simple,Tidak materialistik, mudah berterima kasih Danredha dengan setiap pemberian

Lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepadalelaki yang memberiPerhatian, penghargaan Dan penghormatankepada mereka. Justeru, orang lelaki

Janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenahorang perempuan.Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,

kesukaan Dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepadakelemahan Dan kesilapan kecil yangAda pada bakal pasangan. Jangan sesekalimengutuk atau memalukan bakal

Pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Danbahasa badan yang penuhKemesraan akan menambat lelaki terhadap

wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakalpasangan yang Ada persamaan DanAda perbezaan sifat, tindakan Dan minat.Terlalu banyak persamaanMembosankan. Banyak sangat perbezaan

menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakalpasangan yang Ada sikap DanSifat yang saling mengimbangi Dan

melengkapkan sikap Dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakalpasangan, nyatakan yangAnda sering merasa atau berfikir seperti yangdia rasa atau fikir.

Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan denganberbual Dan bercakap. LelakiBentuk hubungan dengan melakukan sesuatu

kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakalpasangan yang mempunyaiPersamaan daripada berbagai segi sepertikefahaman politik, aktiviti keagamaan,

Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaanboleh serasi antara satu samaLain jika mempunyai satu atau dua persamaanyang mendalam seperti sukaKepada kucing, suka melancong atau suka

ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakalpasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkatgelas, serentak

berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan denganpamerkan emosi yang sama terhadapsesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-samagembira, sedih,

terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyaipentafsiran yang samamengenai hubungan ? tahap keakraban,kebebasan, kebergantungan, pemberian,

pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakalpasangan anda. Bentukciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.Bentuk ciri-ciri inidalam diri anda dan pamerkan kepadanya yanganda mempunyai ciri-ciri

tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpasyarat. Bakal pasangan andaakan tertarik kepada anda jika andamengasihinya bukan kerana wajah, harta,

keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada andajika anda dapat bantumengukuhkan imej dirinya, rangsangsemangatnya dan pupuk keyakinan

dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji ataumemotivasi bakalpasangan. Jika kita didapati bohong, dia akanterus menjauhkan diri daripada

kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindaksebagai magnet yangmenarik anda kepada bakal pasangan. Pujiandaripada kawan baru lebih bermaknadan berkesan berbanding pujian daripada kawan

lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau sloganyang digemari bakalpasangan anda. Ini menyebabkan dia rasaistimewa dan dihargai dan akan tertawan

kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangananda yang orang lain tidaknampak. Sampaikan kehebatan ini denganbersemangat dan dia akan mudah

tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dansering dipuji , cari pujianyang original untuk menambat hatinya. Untukorang yang tidak popular,

sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiappencapaian ataukejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan

melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkankeseronokan anda dengansenyuman dan ucapan terima kasih danbersyukur. Dia akan rasa

dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakalpasangan anda.Nyatakan yang anda suka kepadanya sebabkeunikan tersebut. Ini buat dia rasa

istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalucantik atau suamiterlalu handsome. Justeru, cari bakal pasanganyang setara dan sepadan dengan

kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukaruntuk mendapat pasangan.Carilah kecantikan yang ada pada anda danbentuk keyakinan diri. Hati yangsuci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan

kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yanggentleman ? bersopansantun, suka membantu, menghormati wanita,

berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusanbelajar, perbaiki perangaidan peribadi, baiki kemahiran komunikasi,murnikan hati, pemaaf dan

sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifatkelelakiannya di samping memasukkansifat perempuan dalam dirinya seperti lebihprihatin, memahami emosi ,

timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifatkewanitaan disamping menghayatisifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,memancing, dan aktivitimacho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan

terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerapbertanya tentang perasaannya,aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,kebenciannya atau sebarang

perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orangperempuan harus elakkan diri daribertanya bakal pasangan mengenai perasaannyamengenai sesuatu perkara,

peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakalpasangan menempelak ataumenunjukkan kesilapan atau kebodohan lelakitersebut. Ini cara terbaik

memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepadalelaki yang boleh mengakusalah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolakansur, pandai mendengar,

bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orangperempuan harus fokus kepadafakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasanyang berjela-jela danmemasukkan unsur perasaan akan membunuh

minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklahdengan kasih sayang. Tanyakenapa dia marah, dengari dengan teliti danjangan komen atau cuba berinasihat. Orang perempuan mudah sayang padalelaki yang pandai mendengar dan

sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanyakenapa dia marah.Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasanayang tenang. Doakan dia dan beri masa Untukdia

merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secaraterus terang, ringkas Dan objektif. Orangperempuan sering bercakap secara berlapik,

terperinci Dan Banyak yang tersirat.

ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.

Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.

Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.

Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.

Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?

Kasih sayang daripada ibu bapa.

Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?

Latar belakang agama.

Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?

Pendidikan.

Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?

Latar belakang budaya dan sosioekonomi.

Bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.

Kepintaran.

Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?

Hubungan dengan mentua.

Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?

Sikap dari segi kewangan.

Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?

Bilangan anak.

Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?

Masalah seksual.

Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.

Pemilih tempat tinggal.

Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?

Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?

Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.

:)

Daisypath Friendship tickers